CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

1001 Kisah Cinta: terima kasih cinta 4

1001 Kisah Cinta: terima kasih cinta 4: "*** fira bangun dari katil. terlihat jam nya telah menunjukkan tepat jam 6.30 pagi. fira tersenyum teringatkan saat-saat dia masih menuntut..."

terima kasih cinta 4

***

fira bangun dari katil. terlihat jam nya telah menunjukkan tepat jam 6.30 pagi. fira tersenyum teringatkan saat-saat dia masih menuntut di kolej dahulu. itulah waktu dia untuk bangun dan bersiap untuk ke kuliah. suami  nya masih nyenyak tidur. fira mencapai tualanya dan terus menuju ke ruang mandi. selepas mandi, fira menunaikan solat subuh dan menyiapkan sarapan pagi untuk Ammar. "aku harus melayan dia sepertimana orang lain melayan suami mereka. aku harus berubah demi rumah tangga aku. dan aku harus membuang semua perasaan ku yang dulu. aku dah berjanji pada diiriku sendiri." kata fira dengan tegas.

"muah", kucup fira di pipi ammar. "selamat pagi sayang" katanya sambil tersenyum. Ammar terbangun dari tidurnya. "sayang mengigau ke ni?" soal ammar dengan muka yang kehairanan. "takdelah, awak bangun lah eak? dah pukul 7 nie. awak kan kerja hari ni" kata fira lembut. dihulurnya tuala mandi kepada ammar. "saya tunggu awak di meja makan ya? baju awak saya dah sediakan." sambung fira lagi. ammar bagaikan di pukau pagi itu. dia hanya menurut kata isterinya. "kenapa dengan fira hari ini ya?" soal ammar didalam hati. tak habis fikir ammar dibuatnya. perangai fira yang berubah secara mendadak pada pagi itu membuatnya berasa pelik.

mereka bersarapan pagi bersama pada hari itu. fira telah menyediakan nasi goreng kegemaran ammar. ibu ammar yang mengajarnya cara-cara memasak nasi goreng kegemaran suami nya. ammar bersarapan dengan berselera pagi itu. fira tersenyum melihat gelagat suaminya. "abang pergi dulu ya sayang," kata ammar sambil mengucup dahi fira. hanya senyuman yang manis terukir di wajah fira. itulah kali pertama ammar menggelarkan dirinya sebagai "abang" dengan fira. dia tahu fira pasti akan merasa janggal dengan panggilan itu tapi dia juga pasti bahawa fira akan dapat membiasakan dirinya nanti.

fira menghabiskan masa nya dengan mengemas rumah pada pagi itu. "ting tong..." terdengar bunyi loceng rumah nya. "siapalah agaknya yang datang pagi-pagi ni?" katanya di dalam hati. alangkah terkejutnya fira apabila terlihat sejambak bunga ros merah kegemaran nya di hadapan pintu. terdapat sebuah kad kecil terselit di jambangan bunga tersebut yang di dalam nya tertulis, "terima kasih untuk sarapan nya ya sayang. tunggu abang balik tau! ~ Ammar" menitis air matanya membaca kad pemberian suami nya itu. seumur hidupnya, itulah kali pertama seorang lelaki memberi nya sejambak bunga ros. sudah lama dia mengimpikan nya namun dia tidak pernah memberitahu sesiapa tentang imipan nya itu termasuklah fahrin, bekas kekasihnya dulu.

"ting tong.." belum sempat dia meletakkan bunga tadi di meja, ada lagi yang menekan loceng rumahnya. "entah siapa pulak kali ni" katanya. sekali lagi dia dikejutkan, dan kali ini terlihat suami nya di hadapan pintu. "sudikah awak keluar lunch dengan saya?" kata ammar sambil menghulurkan tangan nya ke arah fira. fira tersipu malu. "kalau sehari awak tak usik saya, tak boleh ke hah?" kata fira. merah padam mukanya ketika itu. ammar hanya tersenyum melihat wajah isterinya yang sedang malu. Ammar memang suka mengusik fira kerana dia tahu fira pasti akan tersenyum dengan usikannya walaupun ada masa nya fira berpura-pura tidak mengendahkan nya. ammar suka melihat senyuman fira yang sungguh menawan."cepatlah bersiap, abang tunggu sayang kat bawah ya." kata ammar. fira melangkah laju menuju ke bilik tidur untuk bersiap. malu nya itu masih lagi terasa.

"kita nak makan kat mana ni sayang?" soal ammar. "ikut awak je lah. eh? awak tak kerja ka hari ni?" soal fira kembali. "abang sebenarnya on leave hari ni. lupa nak bagitahu sayang tadi. kebetulan abang dah keluar pagi tadi, abang singgah lah kat kedai bunga dekat bandar tu." kata ammar. "apa kata abang bawa sayang shopping dulu, baru kita pergi lunch. lagipun sekarang ni masih awal sangat kalau nak lunch" sambung ammar lagi. tiba-tiba perasaan fira terhadap suami nya berubah. degupan jantungnya semakin kencang. dan setiap kali panggilan "sayang" daripada ammar kepadanya itu membuatkan nya merasakan sesuatu perasaan yang pernah dia rasai sebelum ini. "aku tahu apa rasa hati aku sekarang ni. aku dah jatuh cinta kat dia." bisik fira di dalam hatinya. perasaan sayang nya terhadap ammar timbul pada saat itu. "semoga saja perasaan ini akan kekal buat selamanya.. " bisiknya lagi.

ammar membawanya membeli-belah di salah sebuah shopping mall yang terdapat di Kota Kinabalu. ammar membeli banyak pakaian dan keperluan fira. dia sebenarnya sudah lama hendak membelikan semua itu untuk fira, tetapi fira selalu saja mengelak daripada keluar dengan nya sebelum ini. kali ini lah dia mengambil kesempatan untuk berbelanja sepuas-puasnya untuk isteri kesayangan nya itu. mereka makan tengah hari di sebuah restoran ternama di sana. "sayang.. kalau abang pergi dulu dari sayang. abang nak sayang tahu yang abang sayang sangat kat sayang dari mula-mula kita kahwin dulu. sayanglah isteri abang di dunia dan akhirat" kata ammar sambil menggenggam tangan isterinya. "apa abang merepek ni?" kata fira. dia tidak suka sesiapa berkata sedemikian kepada nya. kata-kata sebegitu hanya akan membuatnya gelisah dan tidak senang duduk. "dah, saya taknak awak cakap macam tu. saya nak makan!" bentaknya manja.

selepas makan tengah hari, mereka ke bahagian parking kereta untuk mendapatkan kereta."awak masuk kereta dulu, biar saya pergi bayar tiket parking ni" kata ammar. "hampir 10 minit ammar pergi ,mana dia ni?"rungutnya seorang diri di dalam kereta.hatinya merasa tidak tenang. tiba-tiba dia terdengar bunyi brek kereta yang sangat kuat.dia menoleh ke belakang. nampaknya ada kekecohan yang berlaku di sana. hatinya menjadi semakin gelisah. dia turun dari kereta dan bergegas ke tempat itu. terdapat sebuah kemalangan di bahagian belakang parking kereta itu.

tiba-tiba, dia melihat seorang lelaki terbaring dengan dipenuhi darah yang membasahi jalan. "lelaki itu........?? Ammar!!!!" jeritnya. ammar telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika dia hendak menyeberangi jalan untuk membayar tiket nya. fira berlari ke arah ammar. di dakapnya ammar dengan erat dan dia menangis sekuat-kuatnya. terasa bagai hendak terhenti nafasnya melihat ammar waktu itu. baru sahaja dia mula menyayangi suami nya, sudah ada dugaan yang besar menimpa diri nya. sewaktu dia memeluk ammar, baru dia teringatkan mimpi misteri yang di alami nya sewaktu dia di kolej dahulu, mimpi yang membuatnya berfikir dan terus berfikir tentang lelaki yang dipeluknya itu. "lelaki dalam mimpi aku itu... adalah.. ammar?? suami ku ammar?" katanya di dalam hati. kini baru dia mendapat jawapan daripada mimpinya dulu. "bangun ammar!" teriaknya. betapa,sedih hatinya melihat keadaan ammar. ammar tidak sedarkan diri tetapi dia masih bernafas.

Ambulans tiba di tempat kejadian dan segera membawa ammar ke hospital. fira tidak putus-putus mendoakan keselamatan ammar. keluarganya tiba di hospital. masing-masing risau tentang keadaan ammar. ammar di masuk kan ke dalam bilik kecemasan. selang setengah jam ammar di kamar kecemasan, terlihat doktor yang merawatnya keluar daripada bilik kecemasan. lantas berkata kepada fira "saya minta maaf, saya tidak dapat menyelamatkan suami puan. saya dah mencuba sedaya upaya tapi...." kata doktor. bagai terjatuh jantungnya ketika mendengar penjelasan doktor sebentar tadi. "ammar dah takda?" katanya di dalam hati.  ammar telah pergi buat selama nya. sedangkan itulah hari pertama dia jatuh cinta terhadap suaminya, dan ternyata itulah hari terakhirnya bersama suami nya.

semenjak dari hari itu, pintu hatinya telah tertutup untuk lelaki lain. di hati nya cuma ammar seorang sahaja.. hanya ammar yang mampu membuatnya bahagia. dia menyesal kerana terlambat mnyintai ammar. hanya ammar yang telah mengajarnya tentang erti cinta. erti sebuah cinta yang memerlukan kesabaran dan kesetiaan serta kasih sayang yang berpanjangan. "terima kasih cinta.." katanya sambil memeluk gambar perkahwinan mereka.


~ the end ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...