hari demi hari berlalu, bulan silih berganti, arissa dan asyraf menjalani rumahtangga mereka dengan penuh kebahagiaan. "by, ari rasa tak larat lah nak kerja hari ni. rasa macam tak sedap badan je." kata arissa. "nak abang temankan ari ke klinik? abang ambik cuti eak?" kata asyraf. arissa mengangguk tanda setuju. "tahniah encik, awak berdua tak lama lagi akan menyambut kedatangan ahli keluarga yang baru" kata doktor. alangkah bahagia nya arissa dan asyraf ketika itu. hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya mereka berdua. setelah beberapa bulan mereka menunggu kedatangan baby dalam hidup mereka. akhirnya, doa-doa mereka telah dimakbulkan. "alhamdulillah..." ucap asyraf dan arissa gembira.
"by nak bagi nama apa kat baby kita ni??" soal arissa. "apa-apa sajalah ari, terpulang kat awak. by ikut je." kata asyraf, tersenyum. "hmm, kalau begitu ari nak bagi nama Anis lah kalau baby girl. kalau baby boy pulak, ari nak bagi nama Adam. ok tak?" "sedap nama tu, macam ibu nyaa juga. hehehee.." usik asyraf.
"good morning sayang," tegur asyraf kepada isterinya yang sedang menyiapkan sarapan. " good morning." jawabnya sambil menghulurkan nasi goreng kepada asyraf. "hmm, sedapnya bau nasi goreng nie. macam bau perfume ari je nie? awak bubuh perfume eak dalam nasi goreng nie?? hahhahaa" kata asyraf. asyraf seorang yang suka mengusik ari sejak dari hari pertama perkenalan mereka lagi. sikap asyraf yang peramah itulah yang membuatkan ramai gadis kolej terpikat dengan nya. arissa bersyukur kerana jejaka pujaan ramai itu memilih nya untuk menjadi teman hidupnya. "takda lah! awak ni. suke sangat nak menyakat orang kan? hah, sebagai hukuman nya, by kena habiskan semua nasi goreng yang ari masak ni. ok? kata arissa. "baik lah bos!" jawab asyraf lagi. arissa hanya menggeleng-gelengkan kepala nya melihat karenah suaminya itu.
"by, ari teringin nak makan satay ayam lah." kata ari. "malam nanti kita makan kat luar,ok? kita makan satay banyak-banyak ya sayang?" jawab asyraf. asyraf mengerti keadaan isterinya yang kebelakangan ini mengidam hendak makan makanan yang selama ini mereka jarang nak makan. maklum lah, orang tengah berbadan dua. "ok lah, by pergi kerja dulu. sayang hati-hati kat rumah ok? jangan lupa date malam ni?" kata asyraf lagi. arissa mengucup tangan suami nya seperti hari-hari biasa sebelum asyraf keluar bekerja. sebuah ciuman hinggap di dahi nya sebelum asyraf melangkah pergi. "ya Allah, semoga rumah tangga dan percintaan kami ini akan terus bahagia seperti ini sehingga ke akhir hayat kami ya Allah. amin.." bisik arissa di dalam hatinya. doa itu sering dia baca agar perhubungan mereka akan terus bahagia. dia tidak mahu kehilangan asyraf dek kerana rasa cinta nya kepada asyraf yang semakin hari semakin kuat. baginya, asyraf lah segala-gala nya buatnya selepas kepergian kedua ibu bapa nya ketika dia masih menuntut di kolej.
(ketika di pejabat)
"encik asyraf, ada seseorang nak jumpa encik. kata nya dia kawan lama encik." kata setiausaha nya. "bawa dia masuk" kata asyraf. terkedu asyraf melihat tetamu nya itu. seorang wanita yang penuh bergaya, tampak penuh professionaldengan pemakaian seperti seorang wanita yang berjaya. seorang wanita yang telah lama tidak dia temui. seorang wanita yang pernah mencuri hati nya namun mereka terpisah dek kerana hubungan yang dilarang oleh orang tua mereka. dia ialah, "intan? intan ke ni?" kata asyraf sedikit tergamam. "yelah, intan lah. tak kan dah lupe kowt?" soal intan kembali, dengan nada suara nya yang manja. sama seperti mula-mula mereka berkenalan. intan, anak tunggal Datin Rukiah dan Dato' Azmi. bekas teman wanita nya sebelum dia mengenali isteri nya.
"awak free tak malam ni? saya nak ajak awak dinner. dah lama tak berborak dengan awak. nak berborak kat sini, segan pulak orang lain tengok." kata gadis tinggi lampai itu. "free" katanya. terlupa tentang janji temu nya dengan arissa. "kalau begitu, i have to go now, cause i ada meeting lepas ni. see you tonight." kata intan sebelum berlalu pergi. "ok".
"nombor yang anda dail tidak dapt dihubungi ketika ini, sila tinggalkan pesanan suara selepas nada beep." berkali-kali arissa mencuba untuk menghubungi asyraf. namun hanya peti pesanan suara yang kedengaran. "tak kan dia dah lupa date malam ni?" rajuk nya di dalam hati. jam menunjukkan tepat jam 8 malam. namun kelibat asyraf masih tidak kelihatan. semakin resah arissa di buatnya. risau akan keadaan suami nya yang tidak dapat dihubungi. jam terus berputar, arissa tertidur di sofa sementara menunggu suaminya pulang ke rumah...
to be continue...