CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

terima kasih cinta 3

***

"kak fira,, saya rasa lebih baik akak balik dulu. operation ni mungkin ambil masa sikit. lagipun takut nanti suami akak mencari pula. nanti apa-apa perkembangan abang fahrin, saya akan inform kat akak" kata adik fahrin kepada fira. fira terlalu cemas sehingga terlupa bahawa dia telah keluar rumah tanpa izin suami nya. dengan hati yang berbelah bahagi, fira menurut kata adik fahrin tadi. dia juga tidak mahu Ammar risau kerana dia telah keluar tanpa pengetahuan suami nya. "baiklah, akak pulang dulu. nanti adik call je akak, ok?" kata fira lantas dia melangkah pergi.

air mata nya terus membasahi pipi ketika di dalam perjalanan pulang. hati nya berdebar-debar. bercampur baur perasaan nya ketika itu. pelbagai persoalan yang timbul di fikiran nya. dia takut kehilangan fahrin. fahrin adalah orang yang dia sayangi selama ini. fahrin masih bertahkta dihati nya. cukuplah dia kehilangan fahrin di dalam perhubungan mereka sebelum ini. "fira dah tak nak kehilangan fahrin lagi!" jerit hati nya. "Ya Allah, aku memohon kepada Mu. selamatkan lah fahrin, Ya Allah. Aku berjanji, sekiranya fahrin selamat di bedah, aku berjanji aku tidak akan mengganggu nya lagi. biarpun sebenarnya jauh di sudut hatiku ini Ya Allah, aku sangat mencintainya. aku berjanji, aku akan menjadi isteri yang solehah kepada suaminya selepas ini sekiranya Kau beri fahrin peluang untuk teruskan hidupnya. itu janji aku Ya Allah." tidak putus-putus doa fira untuk fahrin. dia sanggup melakukan apa sahaja agar fahrin selamat. biarlah dia mengorbankan rasa cintanya terhadap fahrin demi keselamatan fahrin.

fira tiba di hadapan pagar rumahnya. terlihat kelibat Ammar menantinya di hadapan pintu rumah. "sayang? awak pergi mana tadi? kenapa tak bagitahu saya?" soal Ammar. fira hanya diam seribu bahasa. fikirannya masih melayang memikirkan kondisi fahrin. "awak menangis ke sayang?" sapa Ammar selepas melihat mata fira yang masih merah akibat tangisan nya sebentar tadi. namun, fira terus mendiamkan diri dan berlalu pergi. dicapainya selendang hitam pemberian fahrin kepada nya di hari lahir nya tahun lepas. fira memeluk erat selendang tersebut lantas air mata nya berguguran lagi. terasa hangat sentuhan Ammar mengelap air mata nya. "ini mesti pasal fahrin kan? ada apa ni sayang? meh, kongsi dengan saya.." kata Ammar. "fahrin... fahrin ada barah otak. dan dia di bedah malam ni." kata fira sambil teresak-esak. "oh, sabarlah sayang. everythings will be just fine. doakan je semoga Allah panjangkan umur dia. saya faham perasaan awak. dah, dah. jangan nangis lagi. pergi ambil wuduk, kita solat hajat sama-sama. minta semoga fahrin selamat" fahrin memujuk fira. dia membuang perasaan cemburunya terhadap fahrin demi fira. dia tidak mahu melihat isterinya di dalam kesedihan sebegitu. "aku perlu sabar dengan ujian ini..." bisik ammar di dalam hati. 

selepas selesai solat hajat, fira menerima SMS daripada nombor yang tidak dikenali. "alhamdulillah kak. abang fahrin selamat dibedah." betapa bersyukurnya fira selepas membaca sms  tersebut. lega hatinya dan kesedihan nya beransur-ansur hilang. fira tersenyum seketika. "SMS dari siapa tu sayang?" soal ammar. lantas fira menghulurkan handphone nya kepada ammar. "Alhamdulillah. syukurlah. sayang tak nak jenguk fahrin ke?"soal ammar. fira mengangguk tanda dia mahu berjumpa dengan fahrin. "awak... saya minta maaf kalau sikap saya tadi melampau. saya janji, inilah kali terakhir untuk saya berjumpa dengan fahrin. dan saya juga berjanji yang saya akan lupakan fahrin selepas ini dan saya ingin mulakan hidup baru dengan awak." kata fira.fira memang seorang yang menepati janjinya. itulah salah satu kelebihan yang membuat ramai orang senang berkawan dengan nya di kolej.  ammar terkedu  mendengar kata-kata isterinya tadi. namun, dia berasa terharu dan bersyukur dengan perubahan fira. "mungkin ada hikmah nya disebalik semua ini." kata ammar. "awak tak perlu paksa diri awak untuk suka saya fira. take your time sayang. i'll be patiently waiting for you." sambung ammar lagi.

setibanya mereka di hospital, terlihat fahrin yang terkulai layu di katil nya. fira tidak mahu mengganggu fahrin yang mungkin keletihan selepas dibedah. fira berjumpa dengan adik fahrin. "dik, akak nak jumpa fahrin. tapi  tengok dari keadaan dia sekarang. mungkin masa ni tak sesuai. tak apalah, akak cuma nak minta adik sampaikan salam akak kat dia. suruh dia jaga diri dia elok-elok. dan katakan pada dia yang akak happy tengok dia selamat. akak pulang dulu ya." kata fira sambil tersenyum. namun, di sebalik senyuman nya tadi terselit seribu luka yang pedih di dalam hatinya. "selamat tinggal fahrin" katanya dengan suara yang perlahan sambil berlalu pergi. dia tidak sanggup melihat wajah buah hatinya itu lagi. dia harus menepati janjinya dan dia takut sekiranya dia menatap wajah fahrin dengan lebih lama lagi, dia tidak mampu untuk melepaskan nya pergi. "semoga awak berjumpa dengan wanita yang lebih baik dari saya selepas ini dan semoga wanita itu dapat membahagiakan awak fahrin ku..." bisik hatinya. "dan aku akan mulakan hidupku yang baru!!" katanya di dalam hati. fira nekad dengan keputusan nya itu.

to be continue...


terima kasih cinta 2

***
"awak!! mari makan. saya dah masak ni." jerit fira yang sedang sibuk menghidang makanan di meja makan. Ammar bergegas menuju ke dapur lantas memeluk erat pinggang isterinya. "eh, apa ni? apa peluk-peluk ni?" bentak  fira lalu meleraikan rangkulan Ammar. "awak yang kata saya boleh anggap awak macam kawan sendiri. kenapa awak buat macam tu? kan dalam perjanjian kita tu kita hanya kawan dan saya hanya perlu jalankan tanggungjawab saya kat awak macam isteri orang lain juga? yang awak nak melebih ni kenapa?" kata fira lagi dengan suara yang sedikit tinggi. "oops, maaflah. saya excited sangat hari ni sebab buat pertama kali nya isteri saya masak untuk saya. nampak gaya nya lepas ni, dah tak payah nak makan sendiri-sendiri kat luar lagi dah. hehehe" usik Ammar. fira hanya menjeling ke arah Ammar. "Lepas makan nanti, saya tolong awak cuci piring. ok sayang?" kata Ammar lagi. fira hanya diam dan tidak mempedulikan Ammar. Bagi nya, hanya fahrin sahaja yang mampu membuat nya tertawa. "alangkah bahagia nya kalau fahrin yang berada disisi aku sekarang.." detik hatinya.


"bila rindu, terkenangmu sayang..." terkejut fira mmendengar ringtone handphone nya itu. "itu  ringtone yang khas untuk nombor fahrin seorang je. fahrin telefon aku ka?" soalnya di dalam hati. bagai terhenti degupan jantungnya apabila melihat nama bekas kekash hati nya di skrin telefon bimbitnya. "Hello? ini fira ke?" terdengar suara seorang wanita di talian."ya, saya. ada apa ya?" soal fira. "fahrin sakit tenat. dia di hospital sekarang. saya adik fahrin. abang minta saya untuk telefon kak fira hari ini sebab malam ni bang fahrin dah nak operation. dia kirim salam kat akak. bang fahrin pesan... tutt tutt tutt" talian terputus. bederai air mata fira selepas mendengar berita tentang fahrin itu tadi. degupan jantung nya semakin laju. dia mencapai kunci kereta nya dan bergegas ke hospital untuk melihat keadaan fahrin.


"fahrin?" sekali lagi air mata nya mengalir membasahi pipi. "fira? apa awak buat kat sini? mana suami awak? siapa yang suruh awak datang ke sini?" bertubi-tubi soalan dari fahrin. "kenapa awak tak bagitahu saya yang awak sakit? kenapa baru hari ini awak suruh adik awak telefon saya? kenapa awak jauhkan diri dari saya? kenapa awak..." fira terhenti mengajukan soalan nya yang dah lama terbuku di hatinya. terasa dingin tangan nya di genggam fahrin. "saya tak nak awak risau. saya tak nak tengok awak sedih. saya tak nak ganggu rumah tangga awak" kata fahrin sayu, lantas melepaskan genggaman tangan nya.  "malam ni saya nak operation. antara berjaya atau tidak, hanya Allah je yang tahu. saya nak awak janji sesuatu dengan saya. boleh tak fira?" soal fahrin dengan suara yang perlahan. "apa dia?" kata fira. "saya nak awak janji yang awak akan hidup bahagia dengan suami awak. saya tahu dia yang terbaik untuk awak. jangan pernah sia-siakan dia kerana Allah dah tentukan jodoh awak dengan dia. berjanjilah kepada saya fira. dan saya nak awak lupakan saya, lupakan semua kenangan kita. saya tak nak masa lalu tu ganggu kebahagiaan awak" betapa beratnya hati fahrin ketika mengungkap kata-kata nya sebentar tadi. namun, apakan daya nya. dia tahu bahawa ajalnya akan tiba sebentar saja lagi. "kalau saja kau tahu yang aku sangat menyayangi kau fira. tapi aku tak sanggup melihat kau terus menderita kerana aku. hanya ini saja yang mampu aku lakukan buat masa ini dan mungkin inilah kali terakhir aku dapat menatap wajah kau fira" bisik hati fahrin. air mata fira tidak henti-henti mengalir. dia tidak mampu berkata apa-apa, hanya kesedihan yang meguasai dirinya saat itu. dia hanya mampu berdoa agar fahrin selamat dibedah.


"masa nya dah tiba encik fahrin. mari..." kata nurse. "Ya Allah, selamatkanlah fahrin ya Allah. aku memohon kepada Mu" bisik hati kecilnya.

to be continue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...