CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

ku cuba untuk mengerti 2

(di sebuah restoran...)
"hai, dah lama tunggu?" kata asyraf. intan menggeleng. "tak lah. saya pun baru sampai" jawab intan. mereka berbual mesra, bergelak ketawa bersama. sehinggalah.... "asyraf, sebenarnya masih sayangkan awak. saya tahu awak dah berkahwin, tapi saya tak kisah kalau berkongsi suami dengan isteri awak." kata intan. asyraf tersentap selepas mendengar kata-kata intan. perasaan nya ketika itu berbelah bahagi. mana tidak nya, intan kekasih lama nya ingin kembali ke dalam hidupnya dan isterinya yang kini telah berbadan dua. "bagi saya masa untuk fikirkan tentang hal ni, boleh tak?" jawab asyraf. intan bersetuju untuk memberi nya masa. Asyraf menghantar Intan pulang. Melihat jam di tangan nya  sudah menunjukkan jam 11 setengah malam, asyraf baru teringat makan malam yang telah dia janjikan pada arissa pada malam itu. dia bergegas pulang.
setiba nya dia di rumah, dia terlihat isterinya yang tertidur di sofa." kasihan sungguh arissa" detik hatinya. dia mengangkat arissa perlahan-lahan ke bilik. sayu hati nya melihat arissa menunggu nya sehingga terlelap. rasa bersalah menyelinap di dalam diri nya.
dia telah memungkiri janji nya terhadap arissa. gara-gara terlalu excited dengan pertemuan nya dengan bekas kekasih nya itu, dia telah terlupa tentang sambutan ulang tahun perkahwinan mereka. asyraf menukar pakaian nya ke pakaian tidur selepas membersihkan muka nya. dia merebahkan dirinya di sisi arissa yang nyenyak tidur. dalam fikiran nya masih pusing memikirkan tentang kata-kata intan tadi. tidak lama kemudian, dia tertidur. arissa terbangun dari tidur dek kerana terdengar deringan telefon bimbit suami nya. di lihatnya asyraf sudah pun melelapkan matanya. bingung dia memikirkan bagaimana dia boleh berada di bilik sedang tadi dia berada di ruang tamu. "Ah, mungkin asyraf yang mengangkat ku ke sini." detik hatinya. lantas dia menggapai handphone asyraf. "thanks sebab temankan i makan malam tadi. so happy to see you again. goodnight. ~ intan". degupan jantung arissa semakin laju. air mata jatuh perlahan-lahan di pipinya. " patutlah dia tak datang jemput aku tadi, dia dah ada date dah dengan orang lain. tapi, siapa intan tu sampai dia sanggup lupakan tentang makan malam ulang tahun perkahwinan kami?" rajuk hati nya. dengan segera dia memadam sms yang telah dibacanya tadi. dia memujuk hatinya agar tidak berburuk sangka terhdap asyraf. arissa bukan seorang yang suka berfikiran negatif.
"selamat pagi sayang." sapa asyraf sambil merangkul pinggang isterinya yang sedang sibuk menyediakan sarapan pagi. "by minta maaf pasal semalam, by..."

ku cuba untuk mengerti

arissa merenung jauh memikirkan tentang masa depan nya. "apa yang awak renungkan tu sayang?" soal asyraf. mereka baru sahaja di ijab kabulkan sebulan yang lepas. "takda apa-apa by" jawabnya. "By" panggilan manja asyraf semenjak mereka berdua mula bersama dua tahun yang lalu. pertemuan kali pertama mereka di kolej telah membuahkan bibit-bibit cinta yang akhirnya sampai ke jinjang pelamin. "by sayang ari tak?" soal arissa. "by sayang sangat kat ari. sayang sangat-sangat. ari lah isteri dunia dan akhirat by. kenapa tanya macam tu?" soal asyraf kembali. arissa hanya tersenyum. "jom lah tido ya sayang? dah lewat malam dah nie, esok nak kerja lagi." kata asyraf sambil memberikan sebuah kucupan selamat malam di dahinya.


hari demi hari berlalu, bulan silih berganti, arissa dan asyraf menjalani rumahtangga mereka dengan penuh kebahagiaan. "by, ari rasa tak larat lah nak kerja hari ni. rasa macam tak sedap badan je." kata arissa. "nak abang temankan ari ke klinik? abang ambik cuti eak?" kata asyraf. arissa mengangguk tanda setuju. "tahniah encik, awak berdua tak lama lagi akan menyambut kedatangan ahli keluarga yang baru" kata doktor. alangkah bahagia nya arissa dan asyraf ketika itu. hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya mereka berdua. setelah beberapa bulan mereka menunggu kedatangan baby dalam hidup mereka. akhirnya, doa-doa mereka telah dimakbulkan. "alhamdulillah..." ucap asyraf dan arissa gembira.

"by nak bagi nama apa kat baby kita ni??" soal arissa. "apa-apa sajalah ari, terpulang kat awak. by ikut je." kata asyraf, tersenyum. "hmm, kalau begitu ari nak bagi nama Anis lah kalau baby girl. kalau baby boy pulak, ari nak bagi nama Adam. ok tak?" "sedap nama tu, macam ibu nyaa juga. hehehee.." usik asyraf.

"good morning sayang," tegur asyraf kepada isterinya yang sedang menyiapkan sarapan. " good morning." jawabnya sambil menghulurkan nasi goreng kepada asyraf. "hmm, sedapnya bau nasi goreng nie. macam bau perfume ari je nie? awak bubuh perfume eak dalam nasi goreng nie?? hahhahaa" kata asyraf. asyraf seorang yang suka mengusik ari sejak dari hari pertama perkenalan mereka lagi. sikap asyraf yang peramah itulah yang membuatkan ramai gadis kolej terpikat dengan nya. arissa bersyukur kerana jejaka pujaan ramai itu memilih nya untuk menjadi teman hidupnya. "takda lah! awak ni. suke sangat nak menyakat orang kan? hah, sebagai hukuman nya, by kena habiskan semua nasi goreng yang ari masak ni. ok? kata arissa. "baik lah bos!" jawab asyraf lagi. arissa hanya menggeleng-gelengkan kepala nya melihat  karenah suaminya itu.

 "by, ari teringin nak makan satay ayam lah." kata ari. "malam nanti kita makan kat luar,ok? kita makan satay banyak-banyak ya sayang?" jawab asyraf. asyraf mengerti keadaan isterinya yang kebelakangan ini mengidam hendak makan makanan yang selama ini mereka jarang nak makan. maklum lah, orang tengah berbadan dua. "ok lah, by pergi kerja dulu. sayang hati-hati kat rumah ok? jangan lupa date malam ni?" kata asyraf lagi. arissa mengucup tangan suami nya seperti hari-hari biasa sebelum asyraf keluar bekerja. sebuah ciuman hinggap di dahi nya sebelum asyraf melangkah pergi. "ya Allah, semoga rumah tangga dan percintaan kami ini akan terus bahagia seperti ini sehingga ke akhir hayat kami ya Allah. amin.." bisik arissa di dalam hatinya. doa itu sering dia baca agar perhubungan mereka akan terus bahagia. dia tidak mahu kehilangan asyraf dek kerana rasa cinta nya kepada asyraf yang semakin hari semakin kuat. baginya, asyraf lah segala-gala nya buatnya selepas kepergian kedua ibu bapa nya ketika dia masih menuntut di kolej.

(ketika di pejabat)
"encik asyraf, ada seseorang nak jumpa encik. kata nya dia kawan lama encik." kata setiausaha nya. "bawa dia masuk" kata asyraf. terkedu asyraf  melihat tetamu nya itu. seorang wanita yang penuh bergaya, tampak penuh professionaldengan pemakaian seperti seorang wanita yang berjaya. seorang wanita yang telah lama tidak dia temui. seorang wanita yang pernah mencuri hati nya namun mereka terpisah dek kerana hubungan yang dilarang oleh orang tua mereka. dia ialah, "intan? intan ke ni?" kata asyraf sedikit tergamam. "yelah, intan lah. tak kan dah lupe kowt?" soal intan kembali, dengan nada suara nya yang manja. sama seperti mula-mula mereka berkenalan. intan, anak tunggal Datin Rukiah dan Dato' Azmi. bekas teman wanita nya sebelum dia mengenali isteri nya.

"awak free tak malam ni? saya nak ajak awak dinner. dah lama tak berborak dengan awak. nak berborak kat sini, segan pulak orang lain tengok." kata gadis tinggi lampai itu. "free" katanya. terlupa tentang janji temu nya dengan arissa. "kalau begitu, i have to go now, cause i ada meeting lepas ni. see you tonight." kata intan sebelum berlalu pergi. "ok".

"nombor yang anda dail tidak dapt dihubungi ketika ini, sila tinggalkan pesanan suara selepas nada beep." berkali-kali arissa mencuba untuk menghubungi asyraf. namun hanya peti pesanan suara yang kedengaran. "tak kan dia dah lupa date malam ni?" rajuk nya di dalam hati. jam menunjukkan tepat jam 8 malam. namun kelibat asyraf masih tidak kelihatan. semakin resah arissa di buatnya. risau akan keadaan suami nya yang tidak dapat dihubungi. jam terus berputar, arissa tertidur di sofa sementara menunggu suaminya pulang ke rumah...

to be continue...

1001 Kisah Cinta: terima kasih cinta 4

1001 Kisah Cinta: terima kasih cinta 4: "*** fira bangun dari katil. terlihat jam nya telah menunjukkan tepat jam 6.30 pagi. fira tersenyum teringatkan saat-saat dia masih menuntut..."

terima kasih cinta 4

***

fira bangun dari katil. terlihat jam nya telah menunjukkan tepat jam 6.30 pagi. fira tersenyum teringatkan saat-saat dia masih menuntut di kolej dahulu. itulah waktu dia untuk bangun dan bersiap untuk ke kuliah. suami  nya masih nyenyak tidur. fira mencapai tualanya dan terus menuju ke ruang mandi. selepas mandi, fira menunaikan solat subuh dan menyiapkan sarapan pagi untuk Ammar. "aku harus melayan dia sepertimana orang lain melayan suami mereka. aku harus berubah demi rumah tangga aku. dan aku harus membuang semua perasaan ku yang dulu. aku dah berjanji pada diiriku sendiri." kata fira dengan tegas.

"muah", kucup fira di pipi ammar. "selamat pagi sayang" katanya sambil tersenyum. Ammar terbangun dari tidurnya. "sayang mengigau ke ni?" soal ammar dengan muka yang kehairanan. "takdelah, awak bangun lah eak? dah pukul 7 nie. awak kan kerja hari ni" kata fira lembut. dihulurnya tuala mandi kepada ammar. "saya tunggu awak di meja makan ya? baju awak saya dah sediakan." sambung fira lagi. ammar bagaikan di pukau pagi itu. dia hanya menurut kata isterinya. "kenapa dengan fira hari ini ya?" soal ammar didalam hati. tak habis fikir ammar dibuatnya. perangai fira yang berubah secara mendadak pada pagi itu membuatnya berasa pelik.

mereka bersarapan pagi bersama pada hari itu. fira telah menyediakan nasi goreng kegemaran ammar. ibu ammar yang mengajarnya cara-cara memasak nasi goreng kegemaran suami nya. ammar bersarapan dengan berselera pagi itu. fira tersenyum melihat gelagat suaminya. "abang pergi dulu ya sayang," kata ammar sambil mengucup dahi fira. hanya senyuman yang manis terukir di wajah fira. itulah kali pertama ammar menggelarkan dirinya sebagai "abang" dengan fira. dia tahu fira pasti akan merasa janggal dengan panggilan itu tapi dia juga pasti bahawa fira akan dapat membiasakan dirinya nanti.

fira menghabiskan masa nya dengan mengemas rumah pada pagi itu. "ting tong..." terdengar bunyi loceng rumah nya. "siapalah agaknya yang datang pagi-pagi ni?" katanya di dalam hati. alangkah terkejutnya fira apabila terlihat sejambak bunga ros merah kegemaran nya di hadapan pintu. terdapat sebuah kad kecil terselit di jambangan bunga tersebut yang di dalam nya tertulis, "terima kasih untuk sarapan nya ya sayang. tunggu abang balik tau! ~ Ammar" menitis air matanya membaca kad pemberian suami nya itu. seumur hidupnya, itulah kali pertama seorang lelaki memberi nya sejambak bunga ros. sudah lama dia mengimpikan nya namun dia tidak pernah memberitahu sesiapa tentang imipan nya itu termasuklah fahrin, bekas kekasihnya dulu.

"ting tong.." belum sempat dia meletakkan bunga tadi di meja, ada lagi yang menekan loceng rumahnya. "entah siapa pulak kali ni" katanya. sekali lagi dia dikejutkan, dan kali ini terlihat suami nya di hadapan pintu. "sudikah awak keluar lunch dengan saya?" kata ammar sambil menghulurkan tangan nya ke arah fira. fira tersipu malu. "kalau sehari awak tak usik saya, tak boleh ke hah?" kata fira. merah padam mukanya ketika itu. ammar hanya tersenyum melihat wajah isterinya yang sedang malu. Ammar memang suka mengusik fira kerana dia tahu fira pasti akan tersenyum dengan usikannya walaupun ada masa nya fira berpura-pura tidak mengendahkan nya. ammar suka melihat senyuman fira yang sungguh menawan."cepatlah bersiap, abang tunggu sayang kat bawah ya." kata ammar. fira melangkah laju menuju ke bilik tidur untuk bersiap. malu nya itu masih lagi terasa.

"kita nak makan kat mana ni sayang?" soal ammar. "ikut awak je lah. eh? awak tak kerja ka hari ni?" soal fira kembali. "abang sebenarnya on leave hari ni. lupa nak bagitahu sayang tadi. kebetulan abang dah keluar pagi tadi, abang singgah lah kat kedai bunga dekat bandar tu." kata ammar. "apa kata abang bawa sayang shopping dulu, baru kita pergi lunch. lagipun sekarang ni masih awal sangat kalau nak lunch" sambung ammar lagi. tiba-tiba perasaan fira terhadap suami nya berubah. degupan jantungnya semakin kencang. dan setiap kali panggilan "sayang" daripada ammar kepadanya itu membuatkan nya merasakan sesuatu perasaan yang pernah dia rasai sebelum ini. "aku tahu apa rasa hati aku sekarang ni. aku dah jatuh cinta kat dia." bisik fira di dalam hatinya. perasaan sayang nya terhadap ammar timbul pada saat itu. "semoga saja perasaan ini akan kekal buat selamanya.. " bisiknya lagi.

ammar membawanya membeli-belah di salah sebuah shopping mall yang terdapat di Kota Kinabalu. ammar membeli banyak pakaian dan keperluan fira. dia sebenarnya sudah lama hendak membelikan semua itu untuk fira, tetapi fira selalu saja mengelak daripada keluar dengan nya sebelum ini. kali ini lah dia mengambil kesempatan untuk berbelanja sepuas-puasnya untuk isteri kesayangan nya itu. mereka makan tengah hari di sebuah restoran ternama di sana. "sayang.. kalau abang pergi dulu dari sayang. abang nak sayang tahu yang abang sayang sangat kat sayang dari mula-mula kita kahwin dulu. sayanglah isteri abang di dunia dan akhirat" kata ammar sambil menggenggam tangan isterinya. "apa abang merepek ni?" kata fira. dia tidak suka sesiapa berkata sedemikian kepada nya. kata-kata sebegitu hanya akan membuatnya gelisah dan tidak senang duduk. "dah, saya taknak awak cakap macam tu. saya nak makan!" bentaknya manja.

selepas makan tengah hari, mereka ke bahagian parking kereta untuk mendapatkan kereta."awak masuk kereta dulu, biar saya pergi bayar tiket parking ni" kata ammar. "hampir 10 minit ammar pergi ,mana dia ni?"rungutnya seorang diri di dalam kereta.hatinya merasa tidak tenang. tiba-tiba dia terdengar bunyi brek kereta yang sangat kuat.dia menoleh ke belakang. nampaknya ada kekecohan yang berlaku di sana. hatinya menjadi semakin gelisah. dia turun dari kereta dan bergegas ke tempat itu. terdapat sebuah kemalangan di bahagian belakang parking kereta itu.

tiba-tiba, dia melihat seorang lelaki terbaring dengan dipenuhi darah yang membasahi jalan. "lelaki itu........?? Ammar!!!!" jeritnya. ammar telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika dia hendak menyeberangi jalan untuk membayar tiket nya. fira berlari ke arah ammar. di dakapnya ammar dengan erat dan dia menangis sekuat-kuatnya. terasa bagai hendak terhenti nafasnya melihat ammar waktu itu. baru sahaja dia mula menyayangi suami nya, sudah ada dugaan yang besar menimpa diri nya. sewaktu dia memeluk ammar, baru dia teringatkan mimpi misteri yang di alami nya sewaktu dia di kolej dahulu, mimpi yang membuatnya berfikir dan terus berfikir tentang lelaki yang dipeluknya itu. "lelaki dalam mimpi aku itu... adalah.. ammar?? suami ku ammar?" katanya di dalam hati. kini baru dia mendapat jawapan daripada mimpinya dulu. "bangun ammar!" teriaknya. betapa,sedih hatinya melihat keadaan ammar. ammar tidak sedarkan diri tetapi dia masih bernafas.

Ambulans tiba di tempat kejadian dan segera membawa ammar ke hospital. fira tidak putus-putus mendoakan keselamatan ammar. keluarganya tiba di hospital. masing-masing risau tentang keadaan ammar. ammar di masuk kan ke dalam bilik kecemasan. selang setengah jam ammar di kamar kecemasan, terlihat doktor yang merawatnya keluar daripada bilik kecemasan. lantas berkata kepada fira "saya minta maaf, saya tidak dapat menyelamatkan suami puan. saya dah mencuba sedaya upaya tapi...." kata doktor. bagai terjatuh jantungnya ketika mendengar penjelasan doktor sebentar tadi. "ammar dah takda?" katanya di dalam hati.  ammar telah pergi buat selama nya. sedangkan itulah hari pertama dia jatuh cinta terhadap suaminya, dan ternyata itulah hari terakhirnya bersama suami nya.

semenjak dari hari itu, pintu hatinya telah tertutup untuk lelaki lain. di hati nya cuma ammar seorang sahaja.. hanya ammar yang mampu membuatnya bahagia. dia menyesal kerana terlambat mnyintai ammar. hanya ammar yang telah mengajarnya tentang erti cinta. erti sebuah cinta yang memerlukan kesabaran dan kesetiaan serta kasih sayang yang berpanjangan. "terima kasih cinta.." katanya sambil memeluk gambar perkahwinan mereka.


~ the end ~

terima kasih cinta 3

***

"kak fira,, saya rasa lebih baik akak balik dulu. operation ni mungkin ambil masa sikit. lagipun takut nanti suami akak mencari pula. nanti apa-apa perkembangan abang fahrin, saya akan inform kat akak" kata adik fahrin kepada fira. fira terlalu cemas sehingga terlupa bahawa dia telah keluar rumah tanpa izin suami nya. dengan hati yang berbelah bahagi, fira menurut kata adik fahrin tadi. dia juga tidak mahu Ammar risau kerana dia telah keluar tanpa pengetahuan suami nya. "baiklah, akak pulang dulu. nanti adik call je akak, ok?" kata fira lantas dia melangkah pergi.

air mata nya terus membasahi pipi ketika di dalam perjalanan pulang. hati nya berdebar-debar. bercampur baur perasaan nya ketika itu. pelbagai persoalan yang timbul di fikiran nya. dia takut kehilangan fahrin. fahrin adalah orang yang dia sayangi selama ini. fahrin masih bertahkta dihati nya. cukuplah dia kehilangan fahrin di dalam perhubungan mereka sebelum ini. "fira dah tak nak kehilangan fahrin lagi!" jerit hati nya. "Ya Allah, aku memohon kepada Mu. selamatkan lah fahrin, Ya Allah. Aku berjanji, sekiranya fahrin selamat di bedah, aku berjanji aku tidak akan mengganggu nya lagi. biarpun sebenarnya jauh di sudut hatiku ini Ya Allah, aku sangat mencintainya. aku berjanji, aku akan menjadi isteri yang solehah kepada suaminya selepas ini sekiranya Kau beri fahrin peluang untuk teruskan hidupnya. itu janji aku Ya Allah." tidak putus-putus doa fira untuk fahrin. dia sanggup melakukan apa sahaja agar fahrin selamat. biarlah dia mengorbankan rasa cintanya terhadap fahrin demi keselamatan fahrin.

fira tiba di hadapan pagar rumahnya. terlihat kelibat Ammar menantinya di hadapan pintu rumah. "sayang? awak pergi mana tadi? kenapa tak bagitahu saya?" soal Ammar. fira hanya diam seribu bahasa. fikirannya masih melayang memikirkan kondisi fahrin. "awak menangis ke sayang?" sapa Ammar selepas melihat mata fira yang masih merah akibat tangisan nya sebentar tadi. namun, fira terus mendiamkan diri dan berlalu pergi. dicapainya selendang hitam pemberian fahrin kepada nya di hari lahir nya tahun lepas. fira memeluk erat selendang tersebut lantas air mata nya berguguran lagi. terasa hangat sentuhan Ammar mengelap air mata nya. "ini mesti pasal fahrin kan? ada apa ni sayang? meh, kongsi dengan saya.." kata Ammar. "fahrin... fahrin ada barah otak. dan dia di bedah malam ni." kata fira sambil teresak-esak. "oh, sabarlah sayang. everythings will be just fine. doakan je semoga Allah panjangkan umur dia. saya faham perasaan awak. dah, dah. jangan nangis lagi. pergi ambil wuduk, kita solat hajat sama-sama. minta semoga fahrin selamat" fahrin memujuk fira. dia membuang perasaan cemburunya terhadap fahrin demi fira. dia tidak mahu melihat isterinya di dalam kesedihan sebegitu. "aku perlu sabar dengan ujian ini..." bisik ammar di dalam hati. 

selepas selesai solat hajat, fira menerima SMS daripada nombor yang tidak dikenali. "alhamdulillah kak. abang fahrin selamat dibedah." betapa bersyukurnya fira selepas membaca sms  tersebut. lega hatinya dan kesedihan nya beransur-ansur hilang. fira tersenyum seketika. "SMS dari siapa tu sayang?" soal ammar. lantas fira menghulurkan handphone nya kepada ammar. "Alhamdulillah. syukurlah. sayang tak nak jenguk fahrin ke?"soal ammar. fira mengangguk tanda dia mahu berjumpa dengan fahrin. "awak... saya minta maaf kalau sikap saya tadi melampau. saya janji, inilah kali terakhir untuk saya berjumpa dengan fahrin. dan saya juga berjanji yang saya akan lupakan fahrin selepas ini dan saya ingin mulakan hidup baru dengan awak." kata fira.fira memang seorang yang menepati janjinya. itulah salah satu kelebihan yang membuat ramai orang senang berkawan dengan nya di kolej.  ammar terkedu  mendengar kata-kata isterinya tadi. namun, dia berasa terharu dan bersyukur dengan perubahan fira. "mungkin ada hikmah nya disebalik semua ini." kata ammar. "awak tak perlu paksa diri awak untuk suka saya fira. take your time sayang. i'll be patiently waiting for you." sambung ammar lagi.

setibanya mereka di hospital, terlihat fahrin yang terkulai layu di katil nya. fira tidak mahu mengganggu fahrin yang mungkin keletihan selepas dibedah. fira berjumpa dengan adik fahrin. "dik, akak nak jumpa fahrin. tapi  tengok dari keadaan dia sekarang. mungkin masa ni tak sesuai. tak apalah, akak cuma nak minta adik sampaikan salam akak kat dia. suruh dia jaga diri dia elok-elok. dan katakan pada dia yang akak happy tengok dia selamat. akak pulang dulu ya." kata fira sambil tersenyum. namun, di sebalik senyuman nya tadi terselit seribu luka yang pedih di dalam hatinya. "selamat tinggal fahrin" katanya dengan suara yang perlahan sambil berlalu pergi. dia tidak sanggup melihat wajah buah hatinya itu lagi. dia harus menepati janjinya dan dia takut sekiranya dia menatap wajah fahrin dengan lebih lama lagi, dia tidak mampu untuk melepaskan nya pergi. "semoga awak berjumpa dengan wanita yang lebih baik dari saya selepas ini dan semoga wanita itu dapat membahagiakan awak fahrin ku..." bisik hatinya. "dan aku akan mulakan hidupku yang baru!!" katanya di dalam hati. fira nekad dengan keputusan nya itu.

to be continue...


terima kasih cinta 2

***
"awak!! mari makan. saya dah masak ni." jerit fira yang sedang sibuk menghidang makanan di meja makan. Ammar bergegas menuju ke dapur lantas memeluk erat pinggang isterinya. "eh, apa ni? apa peluk-peluk ni?" bentak  fira lalu meleraikan rangkulan Ammar. "awak yang kata saya boleh anggap awak macam kawan sendiri. kenapa awak buat macam tu? kan dalam perjanjian kita tu kita hanya kawan dan saya hanya perlu jalankan tanggungjawab saya kat awak macam isteri orang lain juga? yang awak nak melebih ni kenapa?" kata fira lagi dengan suara yang sedikit tinggi. "oops, maaflah. saya excited sangat hari ni sebab buat pertama kali nya isteri saya masak untuk saya. nampak gaya nya lepas ni, dah tak payah nak makan sendiri-sendiri kat luar lagi dah. hehehe" usik Ammar. fira hanya menjeling ke arah Ammar. "Lepas makan nanti, saya tolong awak cuci piring. ok sayang?" kata Ammar lagi. fira hanya diam dan tidak mempedulikan Ammar. Bagi nya, hanya fahrin sahaja yang mampu membuat nya tertawa. "alangkah bahagia nya kalau fahrin yang berada disisi aku sekarang.." detik hatinya.


"bila rindu, terkenangmu sayang..." terkejut fira mmendengar ringtone handphone nya itu. "itu  ringtone yang khas untuk nombor fahrin seorang je. fahrin telefon aku ka?" soalnya di dalam hati. bagai terhenti degupan jantungnya apabila melihat nama bekas kekash hati nya di skrin telefon bimbitnya. "Hello? ini fira ke?" terdengar suara seorang wanita di talian."ya, saya. ada apa ya?" soal fira. "fahrin sakit tenat. dia di hospital sekarang. saya adik fahrin. abang minta saya untuk telefon kak fira hari ini sebab malam ni bang fahrin dah nak operation. dia kirim salam kat akak. bang fahrin pesan... tutt tutt tutt" talian terputus. bederai air mata fira selepas mendengar berita tentang fahrin itu tadi. degupan jantung nya semakin laju. dia mencapai kunci kereta nya dan bergegas ke hospital untuk melihat keadaan fahrin.


"fahrin?" sekali lagi air mata nya mengalir membasahi pipi. "fira? apa awak buat kat sini? mana suami awak? siapa yang suruh awak datang ke sini?" bertubi-tubi soalan dari fahrin. "kenapa awak tak bagitahu saya yang awak sakit? kenapa baru hari ini awak suruh adik awak telefon saya? kenapa awak jauhkan diri dari saya? kenapa awak..." fira terhenti mengajukan soalan nya yang dah lama terbuku di hatinya. terasa dingin tangan nya di genggam fahrin. "saya tak nak awak risau. saya tak nak tengok awak sedih. saya tak nak ganggu rumah tangga awak" kata fahrin sayu, lantas melepaskan genggaman tangan nya.  "malam ni saya nak operation. antara berjaya atau tidak, hanya Allah je yang tahu. saya nak awak janji sesuatu dengan saya. boleh tak fira?" soal fahrin dengan suara yang perlahan. "apa dia?" kata fira. "saya nak awak janji yang awak akan hidup bahagia dengan suami awak. saya tahu dia yang terbaik untuk awak. jangan pernah sia-siakan dia kerana Allah dah tentukan jodoh awak dengan dia. berjanjilah kepada saya fira. dan saya nak awak lupakan saya, lupakan semua kenangan kita. saya tak nak masa lalu tu ganggu kebahagiaan awak" betapa beratnya hati fahrin ketika mengungkap kata-kata nya sebentar tadi. namun, apakan daya nya. dia tahu bahawa ajalnya akan tiba sebentar saja lagi. "kalau saja kau tahu yang aku sangat menyayangi kau fira. tapi aku tak sanggup melihat kau terus menderita kerana aku. hanya ini saja yang mampu aku lakukan buat masa ini dan mungkin inilah kali terakhir aku dapat menatap wajah kau fira" bisik hati fahrin. air mata fira tidak henti-henti mengalir. dia tidak mampu berkata apa-apa, hanya kesedihan yang meguasai dirinya saat itu. dia hanya mampu berdoa agar fahrin selamat dibedah.


"masa nya dah tiba encik fahrin. mari..." kata nurse. "Ya Allah, selamatkanlah fahrin ya Allah. aku memohon kepada Mu" bisik hati kecilnya.

to be continue

terima kasih cinta

fira terbangun dari tidur nya. tersentak rasanya dek kerana mimpi ngeri yang muncul dalam tidur nya tadi. jam menunjukkan tepat jam 7 pagi. fira terlewat bangun hari ini. dicapainya kain tuala yang bersidai di kerusi belajarnya. lalu dia bergegas menuju ke kamar mandi. 
seperti hari-hari biasa, fira akan bersarapan di kafe sebelum memulakan kelas nya. ditemani rakan karib nya, Steffeny. fira termenung sejenak memikirkan tentang mimpi yang dialami nya tadi. bermacam-macam persoalan yang bermain di fikiran anak gadis kelahiran Bumi Kenyalang itu. "siapa yang muncul dalam mimpi aku tadi ya? apa kaitan dia dengan aku? dan..." "Hoi!!! u nie kenape?" tersentak fira dari lamunan nya. "takda apa-apa. jom lah ke kelas. kelas dah nak mula ni." katanya sambil tersenyum manis. Steffeny hanya menggelengkan kepala nya melihat perangai fira yang pelik pagi itu.
fira seorang pelajar universiti awam di Sabah. sudah setahun setengah dia belajar di situ dan loghat nya pun sudah seakan-akan pelajar di Negeri Bawah Bayu. dia seorang pelajar yang aktif di dalam mahupun diluar kelas. dia memberikan sepenuh perhatian nya ketika di dalam kelas. kecuali pada hari itu. fira asyik memikirkan tentang mimpi ngeri yang dialami nya. seorang lelaki yang tidak pernah diketemuinya kemalangan di depan mata nya dan fira meratapi pemergian lelaki tersebut. "fira, awak ok ke?" tanya Puan Nurul. fira hanya mengangguk. namun fikiran masih melayang.
kelas seterusnya pada hari tersebut telah dibatalkan. fira mengajak Steffeny untuk berbual di pondok rehat di depan hostel mereka. "i tengok u macam ada masalah je. u ok ke? u tak nak kongsi masalah u tu dengan i?" soal rakan karib nya. "sebab itulah aku panggil kau ni." "mimpi aku pelik lah pagi tadi." tambah fira lagi. fira menceritakan mimipi nya  kepada bestfriendnya yang berasal dari KL itu. namun, steffeny memberi pendapat bahawa mimpi itu hanyalah mainan tidur semata-mata.
pada malam nya, fira berjumpa dengan teman lelaki nya, fahrin di kafe. mereka berbual seperti biasa. fira dapat lupakan mimpinya buat sementara waktu kerana bagi nya fahrin satu-satu nya teman lelakinya yang dapat menghiburkan hati nya dan membuat nya lupa seketika tentang masalah yang dia hadapi olehnya.
 bulan demi bulan silih berganti. cuti semester sudah tiba. itulah masa nya fira dpat pulang ke rumah dan menghabiskan masa nya dengan ahli keluarga dan tidak lupa juga dengan assignment-assignment nya yang berlambak yang perlu disiapkan dalam tempoh cuti semester. "ibu nak bincang sesuatu dengan fira ni." kata ibu nya ketika mereka dua beranak bersantai menonton rancangan kegemaran mereka di channel 708. "apa dia ibu?" "ibu dan ayah dah tetapkan majlis perkahwinan fira dengan anak kawan ayah di Johor" kata ibu nya. fira terkejut mendengar kata-kata ibu nya. dia tidak pasti sama ada ibu nya tersalah cakap ataupun dia yang tersalah dengar. "ibu bergurau ke ni?" soal fira. "tak, ibu serius. ibu dan ayah nak fira cepat-cepat mendirikan rumah tangga. kami tak nak tangguh-tangguh dah. iyalah,siapalah tahu kalau-kalau esok lusa ajal kami sampai. tak sempat nak tengok anak ibu ni menikah." "lagipun anak kawan ayah tu baik orangnya. elok dari bahasa nya, sikap nya, terutama sekali agama nya. ibu dan ayah nak yang terbaik untuk anak tunggal kami. kami harap fira setuju sebab majlis dah di rancang." "tapi bu...... " fira mencelah lalu terdiam. dia tidak sangup menghampakan harapan kedua ibu bapa nya. "tetapi fira juga tak nak kahwin pada usia semuda ini. fira nak belajar. lagipun fira sayangkan fahrin.." katanya di dalam hati. dia tidak sangup bersuara di hadapan ibu nya yang selama ini menjaga nya bagai menatang minyak yang penuh. fira berlari masuk ke bilik nya. fira masih tidak percaya tentang semua kata-kata ibu nya sebentar tadi. "aku akan berkahwin tak lama lagi?? macam mana dengan pelajaran aku? macam mana dengam fahrin? apa aku nak kata kat fahrin tentang semua ini?? argh!! tension  nya aku..." bentak nya di dalam hati.
semenjak dari hari itu, sikap fira yang dulu nya seorang yang ceria kini berubah menjadi seorang yang pendiam. dia tidak lagi dapat menumpukan perhatian nya di dalam kelas. dia juga sudah jarang bertemu dengan buah hati nya.
beep beep...."sayang, jumpa kat tempat biasa ya malam ni." gelisah hati nya selepas membaca SMS dari fahrin. "apa aku nak cakap kat dia ni nanti? apa alasan aku tak nak berjumpa dengan dia sebelum ni? aduh.." pening kepala nya memikirkan tentang keadaan diri nya sendiri. dia berasa serba salah. dia harus memilih di antara keluarga nya ataupun kekasih hati nya yang selama ini menaruh harapan untuk mendirikan rumah tangga bersama nya selepas tamat pengajian mereka nanti.
"sayang, kenapa sayang jauhkan diri dari fahrin selepas cuti sem ni?" soal fahrin lembut kepada kekasih hati nya. "sebenar nya... sebenarnya fira... fira dah nak kahwin bulan depan" jawab nya sayu. bercucuran air mata nya ketika itu. fahrin terkedu mendengar jawapan fira tadi. "tapi, kenapa?" soal fahrin lagi. fira menceritakan kesemua nya kepada fahrin.fahrin kelihatan sayu selepas mendengarkan penjelasan fira. lantas fahrin berlalu pergi tanpa berkata apa-apa kepada fira. air mata fira semakin laju. dia telah melukakan perasaan orang yang dia cintai selama ini. "aku terpksa membuang kau dari hidup ku sayang, demi orang tua ku" kata hati kecil nya.
hari-hari nya suram tanpa fahrin. pelajaran nya turut terganggu.dia lebih banyak menghabiskan masa dengan berkhayal tentang masa depan nya nanti. dia juga sudah jarang meluangkan masa nya bersama steffeny. steffeny yang sudah maklum tentang perkahwinan nya itu, hanya mampu menemani nya ketika dia di perlukan. dia lebih banyak memberikan fira masa untuk bersendirian. dia faham perasaan kawan karib nya itu. fira perlukan masa bersendirian ketika dia punyai masalah.
sebulan sudah berlalu, tanpa sedar hari perkahwinan nya telah berlangsung. pada hari itu juga lah buat pertama kali nya dia melihat wajah bakal suami nya. "boleh tahan" kata steffeny kepada fira. fira hanya mampu tersenyum walaupun jauh di sudut hati nya dia memendam kesedihan yang teramat pedih. hati nya masih milik fahrin. fahrin tidak hadir pada majlis nya kerana tidak sanggup melihat kekasih nya bernikah dengan orang lain. "aku kena ikhlaskan perkahwinan ini" bisik nya di dalam hati.
hampir sebulan dia bergelar isteri kepada suami nya, Ammar. perkahwinan mereka hambar tidak seperti pasangan suami isteri lain yang baru mendirikan rumah tangga. Ammar seorang yang penyabar. dia mengerti perasaan fira. dia beri fira kesempatan untuk megenali nya. "sayang.." kata Ammar kepada fira sambil menarik tangan fira rapat ke dadanya. "saya faham keadaan awak. oleh sebab itu saya bagi awak masa untuk kenal diri saya. awak boleh anggap saya macam kawan awak jika awak mahu, tapi tugas awak sebagai isteri saya, awak tak boleh abaikan. ok?" kata Ammar dengan lembut. fira menarik tangan nya dari genggaman Ammar dan berlalu tanpa kata. Ammar hanya tersenyum melihat gelagat isteri nya.
to be continue...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...