CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

terima kasih cinta 2

***
"awak!! mari makan. saya dah masak ni." jerit fira yang sedang sibuk menghidang makanan di meja makan. Ammar bergegas menuju ke dapur lantas memeluk erat pinggang isterinya. "eh, apa ni? apa peluk-peluk ni?" bentak  fira lalu meleraikan rangkulan Ammar. "awak yang kata saya boleh anggap awak macam kawan sendiri. kenapa awak buat macam tu? kan dalam perjanjian kita tu kita hanya kawan dan saya hanya perlu jalankan tanggungjawab saya kat awak macam isteri orang lain juga? yang awak nak melebih ni kenapa?" kata fira lagi dengan suara yang sedikit tinggi. "oops, maaflah. saya excited sangat hari ni sebab buat pertama kali nya isteri saya masak untuk saya. nampak gaya nya lepas ni, dah tak payah nak makan sendiri-sendiri kat luar lagi dah. hehehe" usik Ammar. fira hanya menjeling ke arah Ammar. "Lepas makan nanti, saya tolong awak cuci piring. ok sayang?" kata Ammar lagi. fira hanya diam dan tidak mempedulikan Ammar. Bagi nya, hanya fahrin sahaja yang mampu membuat nya tertawa. "alangkah bahagia nya kalau fahrin yang berada disisi aku sekarang.." detik hatinya.


"bila rindu, terkenangmu sayang..." terkejut fira mmendengar ringtone handphone nya itu. "itu  ringtone yang khas untuk nombor fahrin seorang je. fahrin telefon aku ka?" soalnya di dalam hati. bagai terhenti degupan jantungnya apabila melihat nama bekas kekash hati nya di skrin telefon bimbitnya. "Hello? ini fira ke?" terdengar suara seorang wanita di talian."ya, saya. ada apa ya?" soal fira. "fahrin sakit tenat. dia di hospital sekarang. saya adik fahrin. abang minta saya untuk telefon kak fira hari ini sebab malam ni bang fahrin dah nak operation. dia kirim salam kat akak. bang fahrin pesan... tutt tutt tutt" talian terputus. bederai air mata fira selepas mendengar berita tentang fahrin itu tadi. degupan jantung nya semakin laju. dia mencapai kunci kereta nya dan bergegas ke hospital untuk melihat keadaan fahrin.


"fahrin?" sekali lagi air mata nya mengalir membasahi pipi. "fira? apa awak buat kat sini? mana suami awak? siapa yang suruh awak datang ke sini?" bertubi-tubi soalan dari fahrin. "kenapa awak tak bagitahu saya yang awak sakit? kenapa baru hari ini awak suruh adik awak telefon saya? kenapa awak jauhkan diri dari saya? kenapa awak..." fira terhenti mengajukan soalan nya yang dah lama terbuku di hatinya. terasa dingin tangan nya di genggam fahrin. "saya tak nak awak risau. saya tak nak tengok awak sedih. saya tak nak ganggu rumah tangga awak" kata fahrin sayu, lantas melepaskan genggaman tangan nya.  "malam ni saya nak operation. antara berjaya atau tidak, hanya Allah je yang tahu. saya nak awak janji sesuatu dengan saya. boleh tak fira?" soal fahrin dengan suara yang perlahan. "apa dia?" kata fira. "saya nak awak janji yang awak akan hidup bahagia dengan suami awak. saya tahu dia yang terbaik untuk awak. jangan pernah sia-siakan dia kerana Allah dah tentukan jodoh awak dengan dia. berjanjilah kepada saya fira. dan saya nak awak lupakan saya, lupakan semua kenangan kita. saya tak nak masa lalu tu ganggu kebahagiaan awak" betapa beratnya hati fahrin ketika mengungkap kata-kata nya sebentar tadi. namun, apakan daya nya. dia tahu bahawa ajalnya akan tiba sebentar saja lagi. "kalau saja kau tahu yang aku sangat menyayangi kau fira. tapi aku tak sanggup melihat kau terus menderita kerana aku. hanya ini saja yang mampu aku lakukan buat masa ini dan mungkin inilah kali terakhir aku dapat menatap wajah kau fira" bisik hati fahrin. air mata fira tidak henti-henti mengalir. dia tidak mampu berkata apa-apa, hanya kesedihan yang meguasai dirinya saat itu. dia hanya mampu berdoa agar fahrin selamat dibedah.


"masa nya dah tiba encik fahrin. mari..." kata nurse. "Ya Allah, selamatkanlah fahrin ya Allah. aku memohon kepada Mu" bisik hati kecilnya.

to be continue

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...