fira terbangun dari tidur nya. tersentak rasanya dek kerana mimpi ngeri yang muncul dalam tidur nya tadi. jam menunjukkan tepat jam 7 pagi. fira terlewat bangun hari ini. dicapainya kain tuala yang bersidai di kerusi belajarnya. lalu dia bergegas menuju ke kamar mandi.
seperti hari-hari biasa, fira akan bersarapan di kafe sebelum memulakan kelas nya. ditemani rakan karib nya, Steffeny. fira termenung sejenak memikirkan tentang mimpi yang dialami nya tadi. bermacam-macam persoalan yang bermain di fikiran anak gadis kelahiran Bumi Kenyalang itu. "siapa yang muncul dalam mimpi aku tadi ya? apa kaitan dia dengan aku? dan..." "Hoi!!! u nie kenape?" tersentak fira dari lamunan nya. "takda apa-apa. jom lah ke kelas. kelas dah nak mula ni." katanya sambil tersenyum manis. Steffeny hanya menggelengkan kepala nya melihat perangai fira yang pelik pagi itu.
fira seorang pelajar universiti awam di Sabah. sudah setahun setengah dia belajar di situ dan loghat nya pun sudah seakan-akan pelajar di Negeri Bawah Bayu. dia seorang pelajar yang aktif di dalam mahupun diluar kelas. dia memberikan sepenuh perhatian nya ketika di dalam kelas. kecuali pada hari itu. fira asyik memikirkan tentang mimpi ngeri yang dialami nya. seorang lelaki yang tidak pernah diketemuinya kemalangan di depan mata nya dan fira meratapi pemergian lelaki tersebut. "fira, awak ok ke?" tanya Puan Nurul. fira hanya mengangguk. namun fikiran masih melayang.
kelas seterusnya pada hari tersebut telah dibatalkan. fira mengajak Steffeny untuk berbual di pondok rehat di depan hostel mereka. "i tengok u macam ada masalah je. u ok ke? u tak nak kongsi masalah u tu dengan i?" soal rakan karib nya. "sebab itulah aku panggil kau ni." "mimpi aku pelik lah pagi tadi." tambah fira lagi. fira menceritakan mimipi nya kepada bestfriendnya yang berasal dari KL itu. namun, steffeny memberi pendapat bahawa mimpi itu hanyalah mainan tidur semata-mata.
pada malam nya, fira berjumpa dengan teman lelaki nya, fahrin di kafe. mereka berbual seperti biasa. fira dapat lupakan mimpinya buat sementara waktu kerana bagi nya fahrin satu-satu nya teman lelakinya yang dapat menghiburkan hati nya dan membuat nya lupa seketika tentang masalah yang dia hadapi olehnya.
bulan demi bulan silih berganti. cuti semester sudah tiba. itulah masa nya fira dpat pulang ke rumah dan menghabiskan masa nya dengan ahli keluarga dan tidak lupa juga dengan assignment-assignment nya yang berlambak yang perlu disiapkan dalam tempoh cuti semester. "ibu nak bincang sesuatu dengan fira ni." kata ibu nya ketika mereka dua beranak bersantai menonton rancangan kegemaran mereka di channel 708. "apa dia ibu?" "ibu dan ayah dah tetapkan majlis perkahwinan fira dengan anak kawan ayah di Johor" kata ibu nya. fira terkejut mendengar kata-kata ibu nya. dia tidak pasti sama ada ibu nya tersalah cakap ataupun dia yang tersalah dengar. "ibu bergurau ke ni?" soal fira. "tak, ibu serius. ibu dan ayah nak fira cepat-cepat mendirikan rumah tangga. kami tak nak tangguh-tangguh dah. iyalah,siapalah tahu kalau-kalau esok lusa ajal kami sampai. tak sempat nak tengok anak ibu ni menikah." "lagipun anak kawan ayah tu baik orangnya. elok dari bahasa nya, sikap nya, terutama sekali agama nya. ibu dan ayah nak yang terbaik untuk anak tunggal kami. kami harap fira setuju sebab majlis dah di rancang." "tapi bu...... " fira mencelah lalu terdiam. dia tidak sangup menghampakan harapan kedua ibu bapa nya. "tetapi fira juga tak nak kahwin pada usia semuda ini. fira nak belajar. lagipun fira sayangkan fahrin.." katanya di dalam hati. dia tidak sangup bersuara di hadapan ibu nya yang selama ini menjaga nya bagai menatang minyak yang penuh. fira berlari masuk ke bilik nya. fira masih tidak percaya tentang semua kata-kata ibu nya sebentar tadi. "aku akan berkahwin tak lama lagi?? macam mana dengan pelajaran aku? macam mana dengam fahrin? apa aku nak kata kat fahrin tentang semua ini?? argh!! tension nya aku..." bentak nya di dalam hati.
semenjak dari hari itu, sikap fira yang dulu nya seorang yang ceria kini berubah menjadi seorang yang pendiam. dia tidak lagi dapat menumpukan perhatian nya di dalam kelas. dia juga sudah jarang bertemu dengan buah hati nya.
beep beep...."sayang, jumpa kat tempat biasa ya malam ni." gelisah hati nya selepas membaca SMS dari fahrin. "apa aku nak cakap kat dia ni nanti? apa alasan aku tak nak berjumpa dengan dia sebelum ni? aduh.." pening kepala nya memikirkan tentang keadaan diri nya sendiri. dia berasa serba salah. dia harus memilih di antara keluarga nya ataupun kekasih hati nya yang selama ini menaruh harapan untuk mendirikan rumah tangga bersama nya selepas tamat pengajian mereka nanti.
"sayang, kenapa sayang jauhkan diri dari fahrin selepas cuti sem ni?" soal fahrin lembut kepada kekasih hati nya. "sebenar nya... sebenarnya fira... fira dah nak kahwin bulan depan" jawab nya sayu. bercucuran air mata nya ketika itu. fahrin terkedu mendengar jawapan fira tadi. "tapi, kenapa?" soal fahrin lagi. fira menceritakan kesemua nya kepada fahrin.fahrin kelihatan sayu selepas mendengarkan penjelasan fira. lantas fahrin berlalu pergi tanpa berkata apa-apa kepada fira. air mata fira semakin laju. dia telah melukakan perasaan orang yang dia cintai selama ini. "aku terpksa membuang kau dari hidup ku sayang, demi orang tua ku" kata hati kecil nya.
hari-hari nya suram tanpa fahrin. pelajaran nya turut terganggu.dia lebih banyak menghabiskan masa dengan berkhayal tentang masa depan nya nanti. dia juga sudah jarang meluangkan masa nya bersama steffeny. steffeny yang sudah maklum tentang perkahwinan nya itu, hanya mampu menemani nya ketika dia di perlukan. dia lebih banyak memberikan fira masa untuk bersendirian. dia faham perasaan kawan karib nya itu. fira perlukan masa bersendirian ketika dia punyai masalah.
sebulan sudah berlalu, tanpa sedar hari perkahwinan nya telah berlangsung. pada hari itu juga lah buat pertama kali nya dia melihat wajah bakal suami nya. "boleh tahan" kata steffeny kepada fira. fira hanya mampu tersenyum walaupun jauh di sudut hati nya dia memendam kesedihan yang teramat pedih. hati nya masih milik fahrin. fahrin tidak hadir pada majlis nya kerana tidak sanggup melihat kekasih nya bernikah dengan orang lain. "aku kena ikhlaskan perkahwinan ini" bisik nya di dalam hati.
hampir sebulan dia bergelar isteri kepada suami nya, Ammar. perkahwinan mereka hambar tidak seperti pasangan suami isteri lain yang baru mendirikan rumah tangga. Ammar seorang yang penyabar. dia mengerti perasaan fira. dia beri fira kesempatan untuk megenali nya. "sayang.." kata Ammar kepada fira sambil menarik tangan fira rapat ke dadanya. "saya faham keadaan awak. oleh sebab itu saya bagi awak masa untuk kenal diri saya. awak boleh anggap saya macam kawan awak jika awak mahu, tapi tugas awak sebagai isteri saya, awak tak boleh abaikan. ok?" kata Ammar dengan lembut. fira menarik tangan nya dari genggaman Ammar dan berlalu tanpa kata. Ammar hanya tersenyum melihat gelagat isteri nya.
to be continue...
5 comments:
huhuhuhu~ sedih ow . hahaa
hehehee... belum habis cerita lagi nie zam. to be continue, ok??
best ceta nie...fokus nie baca...ngee
thxs faz =)...
thanks fazlyana..for ur time and also for ur interest.. :)
Post a Comment